Ramai yang tidak menyedari berkenaan didalam telefon bimbit (android) kita terdapat perisian Google Photos. Apakah sebenarnya kegunaan Google Photos ini? Rata-rata saya melihat rakan-rakan saya tidak memanfaatkan aplikasi Google Photos. Disini saya akan senaraikan beberapa fungsi dan faedah menggunakan perisian tersebut.
Bersihkan storan anda
Kita sememangnya gemar menangkap gambar menggunakan smartphone masing-masing. Setiap gambar kemungkinan akan memakan sebanyak 5MB bagi kamera dengan 12 megapixel. Saiz ini mungkin lebih besar jika kamera smartphone anda mempunyai lebih megapixel. Apabila anda telah log masuk ke Google Photos, gambar yang anda telah ambil tadi secara automatik akan di 'backup' kedalam Google Drive masing-masing. Walaupun ruangan Google Drive anda terhad jika anda tidak melanggan apa-apa pakej Google, anda boleh menetapkan resolusi standard pada tetapan Google Photos anda dimana Google akan memberikan storan tanpa had untuk menyimpan gambar anda. Selepas gambar selesai di 'backup', anda boleh kosongkan storan anda dengan klik pada butang "Free Up Space". Gambar-gambar yang telah disimpan ini, akan secara automatik ada jika anda menukar telefon bimbit anda kelak.
Cari & Kongsi
Anda juga boleh melakukan carian dalam Google Photos. Ia sangat membantu bagi sesiapan yang ingin mencari gambar seperti wajah seseorang yang sama dalam semua gambar anda. Selain itu, ia juga boleh auto-share gambar anda dengan rakan-rakan anda dalam album yang telah dibuat didalam Google Photos dengan gambar mereka. Anda guna boleh memuatnaik gambar ke blogspot secara terus dari album-album yang terdapat dari akaun anda ke blog anda dengan mudah.
Editing
Selain dari itu, Google Photos menawarkan beberapa tambahan fungsi dengan membolehkan anda edit gambar anda terus melaluinya. Tidak perlu lagi untuk install software lain bagi tujuan editing gambar anda.
Itu adalah sedikit sebanyak faedah dan fungsi Google Photos. Terdapat banyak lagi fungsi dan faedah yang tidak sempat saya tulis disini. Yang pasti, ia akan mengubah cara bagaimana anda menyimpan serta menyusun gambar anda.


Comments
Post a Comment