Skip to main content

Kundasang Trip

Semasa saya melakukan kerja melawat tapak di Sabah bulan Ogos lalu bersama-sama rakan sekerja, kami sempat mencuri masa sedikit untuk sama-sama membuat trip ke Kundasang bagi melihat keindahan Gunung Kinabalu. Sabah juga terkenal dengan pulau-pulau yang cantik seperti Tunku Abdul Rahman Marine Park serta Pulau Sipadan. Kami merancang perjalanan kami sehari sebelum itu dengan mencari kenderaan yang boleh disewa. Kami telah mendapatkan Van Nissan Urvan dengan harga yang agak berpatutan daripada sahabat kami di Sabah. Kami bergerak dari hotel di Kota Kinabalu pada jam 7.00 pagi. sebenarnya agak lewat kerana hari sudah terang pada masa itu. Ditambah pula dengan musim hujan, perjalanan kami agak mencabar dan pemandangan agak terhad kerana kabus yang tebal. Tepat jam 10 pagi kami tiba di Kundasang. Kami berhenti seketika untuk berehat.


Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Tagal, Sungai Moroli di Ranau, iaitu tempat pemuliharaan ikan kelah. Bayaran untuk masuk adalah RM5/orang.


Selepas itu, kami bergerak ke Desa Cattle Dairy Farm yang terkenal dengan pemandangannya seakan-akan berada diluar negara. Disini kami dapat melihat bagaimana proses menghasilkan susu segar dilakukan. Kami juga sempat menikmati yogurt dan aiskrim yang dihasilkan.


Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park dan terus bergerak ke Timpohon Gate. Dimana ia adalah pintu masuk bagi pendaki memulakan perjalanan mendaki. Cuaca disini agak sejuk dan berkabus. Selepas dari itu kami bergerak pulang ke Kota Kinabalu dan tiba sekitar jam 7.00 malam. Perjalanan yang agak memenatkan tetapi seronok dan puas hati dengan menikmati keindahan alam semulajadi.


Mungkin pada masa akan datang saya teringin untuk mendaki ke puncak Gunung Kinabalu pula. Satu hari nanti...

Comments

Popular posts from this blog

Faedah Google Photos

Ramai yang tidak menyedari berkenaan didalam telefon bimbit (android) kita terdapat perisian Google Photos. Apakah sebenarnya kegunaan Google Photos ini? Rata-rata saya melihat rakan-rakan saya tidak memanfaatkan aplikasi Google Photos. Disini saya akan senaraikan beberapa fungsi dan faedah menggunakan perisian tersebut. Bersihkan storan anda Kita sememangnya gemar menangkap gambar menggunakan smartphone masing-masing. Setiap gambar kemungkinan akan memakan sebanyak 5MB bagi kamera dengan 12 megapixel. Saiz ini mungkin lebih besar jika kamera smartphone anda mempunyai lebih megapixel. Apabila anda telah log masuk ke Google Photos, gambar yang anda telah ambil tadi secara automatik akan di 'backup' kedalam Google Drive masing-masing. Walaupun ruangan Google Drive anda terhad jika anda tidak melanggan apa-apa pakej Google, anda boleh menetapkan resolusi standard pada tetapan Google Photos anda dimana Google akan memberikan storan tanpa had untuk menyimpan gambar anda. S...

Singapore - an island-city state : Part 3

Selepas pulang dari Universal Studios Singapore, kami pulang ke hotel untuk berehat. Aktiviti di malam hari adalah free and easy. Saya sempat singgah di Masjid Sultan dan Arab St. Kawasan di sini agak berlainan daripada Orchard Rd. Ia mengekalkan senibina lama. Masjid Sultan Selepas bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut, saya sempat melawat saudara di Tanglin dengan menaiki bas. Pengangkutan awam disini sangat mudah dan tersusun. Selain bas, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan MRT. Untuk maklumat lengkap, anda boleh rujuk laman web LTA

Pengenalan tentang Google Docs

Google Docs adalah sebuah online application yang percuma digunakan bagi tujuan kerja-kerja pejabat. Ia termasuk Google Docs, editor teks, Sheets, Slides dan Forms Fail disimpan di dalam Google Drive yang diberikan percuma sebanyak 15GB untuk satu akaun dan boleh dibuka dari mana-mana peranti yang mempunyai akses sambungan internet. Fungsi ini juga memungkinkan untuk membuat, menyimpan, berkongsi, dan bekerjasama pada fail dengan orang lain di mana-mana sahaja secara masa nyata ( realtime ). Pengeditan dan semakan dapat dilihat oleh kolaborator dan penonton dalam talian setiap kali menyimpan dibuat berkala secara automatik setiap minit. Tidak perlu lagi untuk menghantar fail tersebut kepada rakan anda untuk menyemak kerana meraka sendiri boleh melihat dan membuat revision pada setiap masa. Dengan Google Docs, semua orang mempunyai akses kepada versi yang sama pada masa yang sama, menjadikannya satu perisian yang sangat berguna serta efisien. Mengapa menggunakan Google Docs? ...