Skip to main content

Posts

Microsoft Access - Mengira umur daripada tarikh lahir

Dalam Microsoft Access. anda boleh membuat beberapa fungsi seperti pengiraan. Saya akan menunjukkan cara-cara bagaimana untuk membuat pengiraan tersebut menggunakan Expression Builder yang terdapat pada Microsoft Access. Wujudkan Table yang mempunyai data yang diinginkan. Pastikan Field "TARIKH_LAHIR" menggunakan format "Date". Kemudian Save. Klik Query Design , dan masukkan field yang diinginkan. Right Klik pada satu field kosong dan kemudian klik Build . Kemudian anda boleh masukkan pengiraan yang anda inginkan. kesemua fungsi boleh didapati di ruangan Expression Elements. Selain dari itu, anda juga boleh memasukkan terus fungsi pada ruangan yang disediakan. Boleh klik disini untuk penerangan lebih lanjut berkenaan fungsi "DateDiff" UMUR : DateDiff("yyyy",[TARIKH_LAHIR],Date()) & " TAHUN" Kemudian tekan OK dan anda boleh run query tersebut dengan menekan butang Run

Kundasang Trip

Semasa saya melakukan kerja melawat tapak di Sabah bulan Ogos lalu bersama-sama rakan sekerja, kami sempat mencuri masa sedikit untuk sama-sama membuat trip ke Kundasang bagi melihat keindahan Gunung Kinabalu. Sabah juga terkenal dengan pulau-pulau yang cantik seperti Tunku Abdul Rahman Marine Park serta Pulau Sipadan. Kami merancang perjalanan kami sehari sebelum itu dengan mencari kenderaan yang boleh disewa. Kami telah mendapatkan Van Nissan Urvan dengan harga yang agak berpatutan daripada sahabat kami di Sabah. Kami bergerak dari hotel di Kota Kinabalu pada jam 7.00 pagi. sebenarnya agak lewat kerana hari sudah terang pada masa itu. Ditambah pula dengan musim hujan, perjalanan kami agak mencabar dan pemandangan agak terhad kerana kabus yang tebal. Tepat jam 10 pagi kami tiba di Kundasang. Kami berhenti seketika untuk berehat. Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Tagal, Sungai Moroli di Ranau, iaitu tempat pemuliharaan ikan kelah. Bayaran untuk masuk adalah RM5/orang. Se...

Faedah Google Photos

Ramai yang tidak menyedari berkenaan didalam telefon bimbit (android) kita terdapat perisian Google Photos. Apakah sebenarnya kegunaan Google Photos ini? Rata-rata saya melihat rakan-rakan saya tidak memanfaatkan aplikasi Google Photos. Disini saya akan senaraikan beberapa fungsi dan faedah menggunakan perisian tersebut. Bersihkan storan anda Kita sememangnya gemar menangkap gambar menggunakan smartphone masing-masing. Setiap gambar kemungkinan akan memakan sebanyak 5MB bagi kamera dengan 12 megapixel. Saiz ini mungkin lebih besar jika kamera smartphone anda mempunyai lebih megapixel. Apabila anda telah log masuk ke Google Photos, gambar yang anda telah ambil tadi secara automatik akan di 'backup' kedalam Google Drive masing-masing. Walaupun ruangan Google Drive anda terhad jika anda tidak melanggan apa-apa pakej Google, anda boleh menetapkan resolusi standard pada tetapan Google Photos anda dimana Google akan memberikan storan tanpa had untuk menyimpan gambar anda. S...